Tinjauan Kemajuan Kerja Tanah #2024-07-08

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Isnin, 2:15 Petang, alhamdulillah, lawatan ke tapak Projek Pembangunan SRAI telah dapat dilakukan, secara bersendirian bertujuan untuk memantau kemajuan projek. Gambar yang dilampirkan adalah keadaan semasa, menunjukkan keadaan jalan, tanah SRAI yang sedang giat dikerjakan dan longkang-longkang yang akan dipasang bagi tujuan pengairan dan mitigasi bagi mengelakkan banjir.

Kemaskini Kerja Tanah Fasa 1

Minggu pertama (18-22hb Mac 2024) kerja tanah sedang berjalan. Fasa pertama kerja tanah ini memfokuskan kerja-kerja pembersihan tapak projek.

Bengkel berjiran mulakan prosess berpindah

23/1/2024 – Jiran yang merupakan pemilik bengkel telah meyiapkan prosess pemindahan bengkelnya. Bengkel ini terletak betul-betul diatas garisan sempadan tanah SRAI telah beroperasi sangat lama.