Projek Membina Bangunan Sekolah SRAI

Bersama kami bina masa depan anak-anak SRAI. Warga SRAI sangat-sangat memerlukan sumbangan anda untuk merealisasikan impian yang tertangguh ini hampir sedekad lamanya.

Semoga doa anda, sumbangan anda, wakaf anda, dan infaq anda diganti dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaranNya.

Perlukan Infrastruktur Baru!

Projek Pembangunan SRAI telah tertangguh sangat lama! – Kerana masalah ketidakcukupan dana. Hampir sedekad Warga SRAI menunggu, dan kami teramat memerlukannya kemudahan persekolahan yang lengkap. Suasana persekolahan di bangunan perniagaan yang sangat sibuk menggusarkan banyak pihak. Terlalu banyak risiko warga pendidik SRAI dan pentadbir perlu ambil kira untuk pelaksanaan aktiviti sekolah. Ini sedikit sebanyak membantutkan usaha pendidikan dan pembelajaran dan eksplorasi potensi sebenar murid-murid. 

Risiko Kemalangan

Bangunan SRAI terletak di laluan kenderaan utama yang sibuk, membahayakan keselamatan anak-anak SRAI. Mereka sentiasa terdedah kepada risiko kemalangan walaupun pelbagai langkah diambil.

Risiko Kecederaan

Ketiadaan padang, atau tempat yang sesuai memaksa murid-murid beraktiviti di atas jalan bertar. Seboleh mungkin, aktiviti hanya akan dilakukan di dalam bilik darjah atau dewan, namun adakalanya terpaksa dilakukan di luar.

Risiko Kesihatan

Dewan serbaguna, digunakan sebaik mungkin, berfungsi sebagai dewan makan, dewan solat, dewan untuk beraktiviti, dan dewan peperiksaan. Di sini juga mesyuarat PIBG dilaksanakan. Sememangnya serbaguna!

Risiko Kewangan

Warga SRAI pernah dikejutkan dengan berita penjualan salah satu lot kedai yang disewa. Akibatnya, pemilik baru lot kedai telah menaikkan kadar sewa sekali ganda daripada kadar asal. Sangat membebankan kewangan SRAI!

Alhamdulillah (x3)

Jazakumullahu khoiyran kathiran, semoga Allah balas dengan sebaik-baik balasan, terutama kepada para penyumbang, penginfak dan mereka yang telah terlibat dalam membantu urusan pembelian tanah SRAI. Projek Pembangunan SRAI akan bermula selepas Ramadan 2024, insyaAllah. Bangunan SRAI yang baharu bakal mempunyai fasiliti yang lengkap, termasuk dewan, perpustakaan, padang permainan dan insyaAllah menyelesaikan masalah semasa Warga SRAI.

Projek SRAI

Terletak di jalan Kulim-Bandar Baharu, Kompleks Pendidikan Al-Islah (Kompleks SRAI) bakal menamatkan penantian sedekad Warga SRAI. Kompleks SRAI ini dicadangkan untuk mempunyai kemudahan lengkap, tersusun dan bersifat “self sustain”.

Fasa 1 pembinaan ini menyediakan kemudahan asas Warga SRAI. Di bawah adalah jawapan kepada “need statement” SRAI kepada konsultan yang ditafsirkan kepada pelan pembangunan SRAI ini.

Detail Bangunan

Fasa 1 pembinaan bangunan melibatkan kos sebanyak RM6,400,000.00 (Enam Juta Ringgit Malaysia). Sebanyak hampir RM3,000,000.00 wang sumbangan telah diterima dan digunakan untuk bayaran kos konsultansi dan yuran pihak berwajib. 

Fasa 1 akan melibatkan pembinaan 2 blok (blok akademik 4 tingkat dan blok pentadbiran 2 tingkat). Jika diizinkan Allah, blok pentadbiran ini akan diubahsuai menjadi lot kedai dalam fasa 2 pembangunan, sebagai sumber pendapatan kepada SRAI. Untuk maklumat tambahan, SRAI hanya mengenakan yuran yang sangat minimum kepada waris murid-murid.   

Rebut Peluang Ganjaran Berterusan!!!

"Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya"
"“Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya."

330 warga SRAI dan seluruh warga Kulim mendapat manfaat.

Sekolah Rendah Islam Al-Islah, Kulim adalah sebuah sekolah swasta berteraskan pendidikan Islam. SRAI menggunakan silibus Rangkaian Sekolah Musleh, diiktiraf oleh KKM. Silibus SRAI mengintegrasikan pendidikan Diniyyah dan Silibus bersepadu KKM. SRAI sangat menitik-beratkan berkembangan sahsiah, akhlak dan pendidikan modal insan anak-anak SRAI. 

Cara Untuk Menyumbang

Hubungi Kami

Mohon, tuan/puan untuk hubungi kami, sesegera mungkin untuk mendapatkan pencerahan.
Kami bersedia untuk dihubungi 24/7 setiap hari! Usah risau.

Gunakan Yezza SRAI

Untuk sumbangan "online", pastikan menggunakan link rasmi yezza SRAI: https://sraikulim.yzza.io/. Yezza SRAI telah rasmi diguna rasmi sejak 2020.

Gunakan akaun

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Akaun Pembangunan SRAI Kulim 02057010044120 Transfer atau "cash deposit" ke akaun Bank Islam SRAI.